Wednesday 25 June 2008

Apa itu Japanese Language Proficiency Test (JLPT)

JAPANESE LANGUAGE PROFICIENCY TEST (JLPT)
日本語能力試験(にほんごのうりょくしけん)
Bilangan orang yang mempelajari bahasa Jepun semakin meningkat dari tahun ke tahun di seluruh dunia. Ini kerana kemahiran dalam bahasa Jepun menjanjikan peluang pekerjaan yang lebih luas dan sebagai nilai tambah kepada para siswazah ketika memohon pekerjaan. Japanese Language Proficiency Test (Ujian Kemahiran Bahasa Jepun) diwujudkan sebagai cara memberi pengiktirafan terhadap pengetahuan dan kemahiran bahasa Jepun untuk orang bukan Jepun. Mula diperkenalkan pada tahun 1984.

■ Objektif
Ujian ini diadakan di dalam dan luar negara Jepun untuk memberi pengiktirafan kemahiran bahasa Jepun kepada mereka yang bahasa ibundanya bukan bahasa Jepun.
Ujian ini dikelolakan oleh Japan Education Exchanges and Services, dalam negara Jepun dan oleh Japan Foundation di luar Jepun.
Antara kelebihan bagi mereka yang mempunyai sijil ini ialah;
· Sebagai nilai tambah (value added) kepada para siswazah ketika memohon pekerjaan.
· Meluaskan peluang jika ingin memohon biasiswa atau tawaran kursus jangka pendek daripada syarikat-syarikat atau kerajaan Jepun.
· Ada syarikat multinasional yang menawarkan elaun bahasa kepada pekerja mereka yang memiliki sijil ini.
■ Kelayakan
Pemohon mestilah seorang yang bahasa ibundanya selain daripada bahasa Jepun.
Tiada had umur atau sebarang sijil kelayakan diperlukan.
■ Masa Ujian
Setiap tahun pada Ahad pertama bulan Disember.
■ Yuran
Level 1 & Level 2 RM60
Level 3 & Level 4 RM 50

■ Prosedur Permohonan.
Borang permohonan boleh diperolehi daripada;
Kuala Lumpur
The Japanese Language Society of Malaysia
(60-3)2144-1180, 2144-2180
(60-3)2144-7180

Penang
Penang Japanese Language Society
(60-4)226-5908
(60-4)2256-5908

Ipoh
Perak Malaysian-Japanese Friendship Society
(60-5)2537530
(60-5)2545110

Kota Kinabalu
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah
(60-88)320000(ext 5034)
(60-88)435708

Permohonan dibuka pada penghujung Ogos hingga pertengahan September setiap tahun.
Untuk memesan borang permohonan; sila hubungi nombor-nombor di atas.
Pelajar-pelajar yang mengambil bahasa Jepun boleh bertanya terus pada guru-guru bahasa Jepun di Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, UKM.

■ Lulus/ gagal
Penilaian hanya akan diberikan kepada mereka yang menduduki kesemua tiga bahagian ujian. Markah lulus biasanya ditetapkan 70% ke atas untuk Level 1 dan 60% ke atas untuk level 2, 3 dan 4.

■ Pemberitahuan Keputusan
1. Semua yang menduduki peperiksaan akan menerima laporan pemarkahan.
2. Mereka yang berjaya akan diberikan Sijil Kelayakan (Certificate of Proficiency).
3. Sijil kelayakan ini akan dikirim kepada mereka yang mengambil peperiksaan pada awal Mac.


Jika diselarikan dengan silibus di UKM, mereka yang lulus Bahasa Jepun Pertengahan I (VA2733) layak untuk mengambil JLPT Level 4 dan mereka yang lulus Bahasa Jepun Pertengahan II (va2743) layak mengambil JLPT Level 3.

No comments: