Tuesday 16 September 2008

Pertandingan Sketsa 2008-UKM Rangkul 2 Pingat Emas.











Satu pertandingan sketsa dalam bahasa Jepun telah diadakan pada bulan Ogos 2008, anjuran Japan Foundation dengan kerjasama Japan Club of Kuala Lumpur, JACTIM dan Kedutaan Jepun, Malaysia. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia yang mempelajari bahasa Jepun. Persembahan Sketsa serta majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 24 Ogos 2008 di Japan Club, Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie.

2 pingat emas, 3 pingat perak dan 3 pingat gangsa ditawarkan kepada para pemenang.
Pelajar bahasa Jepun di Unit Bahasa Asing dan Terjemahan, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, berjaya merangkul kedua-dua pingat emas yang ditawarkan serta satu pingat gangsa.
Setiap pemenang menerima trofi, sijil dan hadiah bernilai RM1000 serta voucer Kedai Buku Kinokuniya.


Kemenangan ini turut mendapat liputan akhbar Jepun di Malaysia iaitu NNA Asia. http://news.nna.jp/free/news/20080825myr014A_lead.html

Pingat Emas
(1) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Title: "LAPTOP GENIE"
Ms. Dianecia John Johnny
Ms. Amiza Mohamad Noor
Ms. Pan Sin Yi
Ms. Toh Sock Lan

(2) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Title: "Target on Handsome Waiter"
Ms. Lua Seok Yi
Ms. Lim Yin Ping
Mr. Ong Yu Hwang
Ms. Ler Swee Ling

Pingat Gangsa
(1) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Title: "Contaminated Tempura"
Mr. Lo Kai Yuan
Ms. Yee Wai Sun
Ms. Chow Poi Chyi
Ms. Tan Lin Min

No comments: