Sunday 25 September 2011

Festival Bahasa Antarabangsa 2011

Pada 8-10 Mac 2011, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Unit Bahasa Asing dan terjemahan telah mengadakan satu festival antaranbangsa yang meliputi pelbagai bahasa-bahasa asing. Pada hari tersebut Unit bahasa Jepun telah membuat pelbagai aktiviti seperti peluang memakai Yukata, menjual makanan Jepun ( choco Banana, Zaru Soba, Zaru Udon, Okonomiyaki) dan Wanage. Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut mendapat sambutan yang meriah sekali.Pengarah Japan Foundation, En.Toyoda Shoichi dan ketua bahagian Bahasa Jepun Japan Foundation En. Isogaya Hiroyuki juga turut serta melawat festival tersebut. Tetamu jemputan yang lain, Bambu Club juga sama-sama membuka gerai membuat Taketonpo di festival tersebut. Para pelajar diajar membuat Taketonpo sejenis permainan yang dibuat daripada buluh.Tetamu jemputan, Pn. Tamaki Ogata juga turut menyumbangkan tenaga mengajar peserta-peserta membuat Japanese brooch yang menggunakan kain perca dari kain Kimono. Gambar gerai unit bahasa Jepun telah masuk dalam suratkhabar Kosmo! pada keesokan harinya. Syabas diucapkan.














Unit bahasa Jepun juga telah membuat persembahan yang memaparkan watak-watak animasi yang pelajar UKM gemari. Sebelum persembahan ini dibuat, pelajar kursus bahasa Jepun pertengahan 1 dan 2 telah membuat soal selidik di kalangan pelajar di UKM mengenai anime yang paling mereka gemari.Hasil soal selidik ini telah dijadikan persembahan semasa upacara penutup festival kali ini.


Terima Kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah banyak membantu menguruskan gerai pada hari tersebut.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pengunjung-pengunjung yang singgah di gerai mahupun yang menyertai aktiviti yang telah kami anjurkan.






No comments: